Permohonan Upu Secara Atas Talian

3 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 02 April 2023, telah diadakan sesi “Permohonan Upu Secara Atas Talian” di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Sesi pembelajaran kali ini Bersama pelajar lepasan SPM yang ingin membuat permohonan UPU untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA. Staf PEDi membantu pelajar tersebut membuat permohonan secara atas talian, memilih kos yang bersesuaian dengan pelajar, dan memberi cadangan untuk pelajar membuat pilihan kos dan IPTA yang dipilih. Selain daripada itu juga, staf PEDi turut mengingatkan pelajar untuk semak semula pengisian maklumat dan pastikan maklumat tersebut tepat sebelum menekan butang “Hantar”.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali